Sunday, 8 September 2019

HI BLOG! I AM BACK!

Assalamualaikum wbt..

Seronok dapat kembali semula dekat alam blog 😍
Tengah ambil feel untuk update.

Inshallah malam ni akan update satu entry yang Panjang.
Korang tungguuu tau!



Thursday, 15 December 2016

SET KESIHATAN HATI SHAKLEE: GEJALA PENYAKIT HATI & CARA MENGATASINYA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


HATI.

Entry kalini kita bercerita pasal Hati. Hati yang mempunyai perasaan gembira, suka, duka sedih. Tetapi harini kita tak sentuh pasal hati yang berperasaan ye hihi

Hati merupakan antara organ yang terpenting dalam tubuh kita. Hati bekerja sebagai sistem pencernaan serta sistem "excretion" untuk kita.



Inilah hati kita. Banyakkk sangat fungsi hati yang sangat penting agar kita dapat menjalani kehidupan yang normal dan sihat.

Antaranya ialah hati berfungsi sebagai PENAWAR RACUN ataupun bahasa yang selalu kita dengar ialah DETOKS. 

Korang tahu tak tubuh badan kita sentiasa terdedah dengan pencemaran toksik tanpa kita sedari?

Makanan yang kita makan setiap hari juga berkemungkinan akan bertukar menjadi racun selepas masuk ke dalam badan kita.

Hati ibarat FILTER yang akan menapis keluar semua toksin serta racun yang membahayakan keluar dari tubuh badan kita.

Tapi.

Apa akan jadi jika toksin yang masuk ke dalam badan kita terlaluuu banyak sehingga menjejaskan fungsi hati?

Bila toksin/racun yang masuk kedalam badan melebihi daripada toksin/racun yang keluar dari badan kita, perkara ini akan memberi kesan kepada hati kita.

Hati kita mula terjejas. Hati tidak lagi dapat bekerja seperti sewaktu hati sedang sihat. Toksin yang masuk dalam badan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Dan lama kelamaan, terdapat banyakkk toksin yang terperangkap didalam badan. 

Ini akan menyebabkan gejala penyakit hati mula hadir dalam hidup kita. Jom check gejala-gejala penyakit hati yang mungkin sebenarnya berlaku kepada kita, tapi kita tak ambil berat :

  1. KELETIHAN MELAMPAU
  2. MATA MENJADI KUNING
  3. AIR KENCING BERWARNA GELAP
  4. RASA LOYA SERTA MUNTAH
  5. HILANG SELERA MAKAN
  6. KULIT MENJADI MERAH SERTA GATAL
Macamana?
Dah check dah? 😎

Jika korang ada 1,2 atau semua gejala penyakit hati, mari Naddy suggestkan supplement yang sesuai untuk kita kembalikan fungsi hati yang sihat dan kuat! 💪🏻

DTX - COMPLEX

 

DTX-Complex membantu untuk mengeluarkan toksin serta racun yang terdapat dalam hati. 

Ia juga membantu untuk menghasilkan protein yang membantu dalam proses "REGENERATE" sel hati yang sihat dan mengekalkan pengaliran hempedu yang normal.

Selain daripada mengamalkan DTX-Complex, waktu tidur pun kita sendiri perlu jaga.

Kalau sebelum ini selalu tidur lewat malam, cuba ubah sedikit waktu tidur korang bermula malam ini. Ubah menjadi pukul 10 malam! 😉

Ada sebab kenapa Naddy suggest begitu. Sebabnya sel hati badan kita akan dihasilkan kembali setiap hari! Dan waktu yang paling OPTIMUM bagi badan kita untuk REGENERATE sel hati yang baru ialah diantara pukul 10 malam sehingga pukul 3 pagi!

Jadi mengapa kita memandang rendah terhadap kesihatan hati kita? 

RAMUAN UTAMA DTX COMPLEX

DTX- Complex telah dirumus khas menggunakan
ramuan-ramuan yang utama seperti :

  1. Biji Milk Thistle
  2. Biji Schizandra Chinesis
  3. Extract Cendawan Reishi
  4. Kunyit
  5. Extract Artichoke
 

TAHAP-TAHAP PENYAKIT HATI

Kita tengok pulak gambaran hati yang sihat beransur menjadi tidak sihat.


 
  • FATTY LIVER - Pengumpulan lemak kolestrol menyebabkan saiz hati semakin membesar.
 
  • FIBROSIS LIVER - Akibat keradangan hati yang berpunca daripada Hepatitis A/B/C menyebabkan pembentukan luka pada tisu hati.
  • CIRRHOSIS LIVER  - Pada tahap ini, tisu hati yang sudah rosak memusnahkan tisu hati yang sihat serta menghalang darah dari masuk. Ini sekaligus menyebabkan hati sukar lagi untuk bekerja dengan sepatutnya. Tengok gambar tu menyeramkann!
 
  • CANCER LIVER - Pada tahap ini, tumor terbentuk. Antara simptom yang paling mudah untuk dikesan ialah mata serta badan menjadi kuning. 

Jadi adalah penting untuk kita menjaga kesihatan hati! Jangan sesekali mengambil remeh dan mengabaikannya!

Naddy syorkan agar korang mula mengamalkan DTX Complex sebagai salah satu ikhtiar untuk menjaga kesihatan hati! Sebotol DTX-Complex mempunyai 90 biji kapsul dan berharga RM164 (harga pasaran) 😊

Jika berminat boleh terus hubungi Naddy melalui message atau Whatsapp 016-6626409.

Atau jika korang nak terus dapatkan harga ahli yang lebih jimat boleh terus register membership melalui link dibawah. Korang akan direct didaftarkan under Naddy dan akan berhak untuk mendapatkan 100% EXCLUSIVE CONSULTATION daripada Naddy 😊
(Register Membership Shaklee Disini)
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1093292

Hubungi Naddy jika mempunyai pertanyaan lanjut:
Whatsapp/Call : 016-6626409
Facebook : Nurul Nadia Amzar
Instagram : bebeauty_bynaddy
ID No : 1093292

*Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan.*




Wednesday, 14 December 2016

10 KELEBIHAN MENDAFTAR SEBAGAI SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Naddy, apa benefit masuk Shaklee?"

Soalan paling famous abad ini bila Naddy syorkan kawan-kawan join membership Shaklee ;)

"Naddy, kau bagilah discount banyak sikit. RM50 ke RM100 ke RM1000 ke?"

Gulp. Bankrap saya macam ni T___T

Naddy tak suka tengok muka cembeng customers kecewa tak dapat discount , so Naddy ade satu solution!

"Korang, apa kata korang join membership Shaklee? Sebab korang confirm dapat murah almost 33%" *kenyit-kenyit mata*

10 KELEBIHAN JOIN MEMBERSHIP SHAKLEE:

  1. Saya suka dapat HARGA MURAH sebab saya boleh save duit saya untuk beli handbag bulan depan, Selepas upline (Naddy letew) korang click "enter" untuk register korang dalam website, korang dah entitle untuk dapat harga ahli. Harga ahli mestilah murah kenz..Contohnya harga retail ESP RM159, harga ahli ESP RM129. Gile kauu jimat RM30!
  2. Saya suka dapat FREE GIFT sebab saya memang gilakan benda-benda yang dapat free contohnya masa kecik-kecik dulu lepas penat round satu kampung, singgah beli aiskrim Malaysia dekat rumah Tok Ulung berahim lepas tu dia bagi free sebatang aiskrim. Yay. Memanglah atok tu bagi free sebatang sebab total sehari keluar masuk rumah dia beli eskem ngan jajan ialah 10kali sehari setiap sorang :p Untuk bulan ini, bila korang register Shaklee, dapat FREE 1 KOTAK COLLAGEN (terms and condition apply) 
  3. Saya suka dapat CASH REBATE sebab saya boleh tambah tabungan beli handbag bulan depan. Yes, bershopping supplement sebanyak RM400++ kemudian SHAKLEE BAGI BONUS DALAM BENTUK CASH sebagai penghargaan you all bershopping supplement. Ya Allah, baiknya hati company saya ni!
  4. Saya suka dapat UNTUNG RUNCIT setiap hari! Contohnya harga retail ESP RM159, harga ahli ESP RM129. Saya dapat untung runcit RM30 untuk 1 tong ESP sahaja! Kalau dapat jual 10 tong ESP sehari? RM300 untung runcit dalam masa sehari! Wow!
  5. Saya suka dapat CAR BONUS sebab saya tak perlu bayar kereta saya. Shaklee ada program untuk dapatkan Car Bonus , program selama 4-5 bulan selepas itu Shaklee bermurah hati membayarkan kereta saya. Duit bayar kereta boleh saya allocatekan untuk hantar parents pergi Haji atau kumpul duit beli rumah yang ada swimming pool, garden dan dihiasi perabot yang cantik-cantik ;) 
  6. Saya suka dapat TIKET PERCUTIAN 5 STARS PERCUMA keluar negara seperti Italy, USA, Switzerland, Makkah and etc sebab kalau ikut saving saya sekarang mungkin 10 tahun akan datang baru dapat jejak negara-negara hebat itu. hihi :p Tapi dengan Shaklee kita berpeluang untung pergi bercuti secara free of charge sebab Shaklee sponsor semua dari tiket flight, duit makan, duit poket, tempat penginapan selama seminggu. Lagi terharu, LUGGAGE PON DAPAT FREE *ternganga kegembiraan*
  7. Saya suka dapat LEADERSHIP BONUS sebab saya boleh tambah tabungan untuk beli kasut pulak hihi. Leadership bonus Shaklee bagi sebagai rewards selepas berjaya guide anak-anak didik menjadi leader. Bonus ni Shaklee tak ambil/potong dari bonus anak-anak okay, itu kejam. SHAKLEE TAK MENINDAS DOWNLINE ;)
  8. Saya suka dapat RANK UP BONUS sebab akan dapat extra bonus. 
  9. Saya dapat MASUK BENGKEL NUTRISI samada secara PERCUMA ataupun RM40. Yang RM40 tu saya tak ragu-ragu bayar sebab Shaklee bagi makan nasi arab dipeluk oleh ayam sebelah ekor, dalam class pulak disediakan MEALSHAKES, PERFORMANCE DRINK supaya bila mengantuk korang boleh pergi minum. Ilmu dapat, perut kenyang!
  10. Saya dapat START BERBISNES TANPA KELUARKAN MODAL sebab saya pun takde modal. hihi 
Dan dengan Shaklee sedikit sebanyak korang boleh merealisasikan impian masa zaman sekolah! Contohnya dulu Naddy selalu berangan nak jadi CEO yang ada office sendiri and masuk office pakai kasut tup tap tup tap. Bila dengan Shaklee ni, Naddy ialah CEO bisness sendiri yang kena gerakkan bisnes sendiri dalam masa yang sama guide anak-anak didik untuk membina empayar bisness mereka sendiri ;)

Jadi, DAH KIRA TAHAP KEUNTUNGAN bila join membership Shaklee? Samada untuk MAKAN SENDIRI atau yang BERBISNES SHAKLEE PART/FULL TIME kita semua dapat untung!

Okay-okay, SAYA DAH TERBERMINAT NAK JOIN SHAKLEE, bagitahu apa yang saya kena buat sekarangggggg? omg excited gilerrr!

CARA-CARA JOIN MEMBERSHIP SHAKLEE:

Whatsapp/PM Naddy di 0166626409. Bagitau yang "Naddy, kiter dah baca blog awak kite rase kiter nak try supplement shaklee lepastu kiter nak HARGA MURAH-MURAH. Naddy daftarkan kiter boleh?"

Oh Naddy tertinggal satu benda lagi. Bila join Shaklee, SAYA, AWAK, KAMU KAMU SEMUA BERPELUANG UNTUK DAPAT AWARD DI NATIONAL CONFERENCE YANG BERLANGSUNG SETAHUN SEKALI! Tak kisahlah samada korang makan sendiri atau berbisnes, semua boleh attend National Conference ni :D

Ha boleh naik stage ambil award sambil ade background music yang macam artis ambil anugerah.

Ambil aura untuk jadi Master Coordinator :)

Naddy and my sideline, Mimi. Kitorang dulu tak kenal pun, tapi dengan Shaklee dah jadi cam kawan rapat walaupun baru jumpa 2 kali :D

New Master Coordinator 2016. Cepat cakap AMIN! ;)


OKAY, CONFIRM! TOLONG DAFTARKAN SAYA SHAKLEE  MEMBERSHIP CEPATTTT!!!!
:D

Jika berminat boleh terus hubungi Naddy melalui message atau Whatsapp 016-6626409.

Atau jika korang nak terus dapatkan harga ahli yang lebih jimat boleh terus register membership melalui link dibawah. Korang akan direct didaftarkan under Naddy dan akan berhak untuk mendapatkan 100% EXCLUSIVE CONSULTATION daripada Naddy 😊
(Register Membership Shaklee Disini)
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1093292

Hubungi Naddy jika mempunyai pertanyaan lanjut:
Whatsapp/Call : 016-6626409
Facebook : Nurul Nadia Amzar
Instagram : bebeauty_bynaddy
ID No : 1093292


PROMOSI COLLAGEN SHAKLEE : AKU CANTIK, KAU CANTIK, SEMUAA CANTIK!

‎‫بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم‬

Anda sedang survey collagen Shaklee?
Mestilah ya kan? Sebab tu anda semua sampai kat blog Naddy ni 😉

Bulan ni merupakan bulan BERTUAH untuk anda semua, sebab Naddy tengah buat PROMOSI KAW KAW sempena nak tutup tahun 2016 beberapa hari lagi!

🌸 BELI 6 KOTAK PERCUMA 1 KOTAK
🌸 BELI 2 KOTAK DAPAT 5% DISCOUNT

So dalam entry kali ini, Naddy nak kongsikan 1001 informasi tentang Shaklee Collagen Powder.
Nak bagi korang semua terujaaa dengan kehebatan collagen shaklee! Bila dah teruja, haruslah grab set promosi nanti! :p

KELEBIHAN COLLAGEN SHAKLEE

1. HYDRATING - melembapkan kulit daripada masalah kulit kering akibat penggunaan make up serta pencemaran.
2. ANTI AGING - mengurangkan garisan halus dan kedutan di muka. Mengecilkan pori wajah yang terbuka luas.
3. NOURISHING - Sayang kuku dan rambut? Collagen membantu menguatkan serta mencantikkan kuku dan rambut kita. Shine like a diamond terus!
4. RESTORE SKIN ELASTICITY - Meningkatkan keanjalan kulit seluruh badan. Yang kendur semua jadi anjal semula!
5. WHITENING - mengurangkan serta memudarkan PIGMENTASI yang membuatkan kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
6. SMOOTHING -  meningkatkan kehalusan kulit korang. Macam baby lah nanti alahai comelnyaa!
7. STRONGEST BONES & JOINTS - menguatkan tulang serta mengurangkan lenguh-lenguh sendi. Korang yang aktif bersukan, yang ada masalah terputus ligamen etc, collagen mesti mahu topup semula k.

RAMUAN EXCLUSIVE COLLAGEN SHAKLEE

Pernah dengar tentang seekor ikan merah yang duduk di laut dalam?
Ikan merah ni sangat tahan lasak and tahan tekanan!
Manusia pun tak boleh menyelam sampai kedalaman 5000m dalam laut. Boleh mati akibat tekanan yang sangatt kuat!

Collagen Shaklee menggunakan ikan merah ini lah RED SNAPPER SCALE 😎

 

Besarkan ikan red snapper scales?
Bahan utama untuk collagen shaklee ialah sisiknya.

Selain disebabkan sisik ikan red snapper scales tahan tekanan, ia juga istimewa sebab tak terdedah dengan pencemaran serta toksik. Menjadikan collagen yang diekstrak dari ikan ialah collagen yang tahan lasak serta BERKUALITI!

Nampak tak? Jauhh Shaklee cari ramuan collagen!
Shaklee sentiasa mencari ramuan yang sihat, selamat serta berkualiti sahaja sebab itu collagen shaklee lebih berkesan berbanding collagen lain yang berada di pasaran :)

ISTIMEWANYA COLLAGEN SHAKLEE

Selain daripada sisik ikan red snapper scales, ada lagi istimewaanya collagen shaklee!
Lain dari yang lain! Yang ini korang mesti paling kagum punya!

Molekul collagen shaklee hanya bersaiz 1000 Dalton!
Halus sangat-sangat!

Kenapa Shaklee buat size 1000 Dalton?
Sebabnya ialah jumlah yang IDEAL untuk diserap oleh badan kita.
Jadi bila mudah diserap, badan pun boleh dapat kesan yang OPTIMUM.



Kalau macam tu, baik cari collagen yang 500 Dalton. Lagi ringan and mudah diserap! Kan kan kan?
Jawapan : 500 Dalton pulak jumlahnya terlalu kurang untuk badan kita. Jadi hasilnya nanti tak macam collagen shaklee :)

MACAMANA BENTUK, RASA & PENGGUNAAN COLLAGEN SHAKLEE

Collagen Shaklee ada dalam bentuk sachet.
Mudah sangat nak bawak ke mana sahaja. Naddy suka grab letak dalam handbag. Senang boleh makan kat mana-mana. Hee

Macam Naddy cerita tadi, molekul collagen shaklee sangat ringan dan kecil. Jadi, yes collagen shaklee dalam bentuk POWDER (serbuk)!

Cara menggunakannya ada 3 cara samada :

* MAKAN BEGITU SAHAJA - letak bawah mulut, kemam dan telan! So easy!
* MIX DALAM AIR - bancuh dengan air kosong atau air kegemaran. Better fresh juice and jangan campur dengan air gas atau kaffein. Kalau tak, makan 100 kotak collagen shaklee pun tak de hasil huhu
* BUAT MASKER - apply direct dekat kulit muka bersama ESP/Alfalfa/VIVIX/Vitamin C.

Collagen Shaklee 100% PURE COLLAGEN okay, jadi memang takde additional flavor yang lain 😊

Bila dikemam dalam mulut rasa dia macam korang makan SUPER RING! Super ring tu sedap aihh. Telan 2 sachet setiap hari pun Naddy sanggup! Hihi

TESTIMONI COLLAGEN SHAKLEE

Actually kesan setiap orang berbeza ye, ada yang ambil masa sekejap dah nampak shaklee effects. Ada orang memerlukan lebih collagen untuk hasil yang terbaik. Tapi itu bergantung kepada badan masing-masing.

Macam Naddy, sebelum makan collagen Naddy amalkan set detoks dulu. Untuk keluarkan toksin dalam badan yang menghalang penyerapan supplement. Jadi bila badan bebas dari toksin berlebihan, mudah je nak nampak kesan collagen Shaklee. Hari pertama makan collagen, esok pagi bangun muka lebih moist dan tak berminyak! Ya Allah sumpah happy gila! Lepas beberapa sachet collagen, kulit jadi lebih glowing and rasa fresh sangat! 😄

Di bawah ni Naddy kongsikan TESTIMONI KAWAN-KAWAN rapat dalam Spectacular Empire untuk korang. Naddy tak suka ambil testimoni dari google, nanti korang taknak percaya. So better guna testimoni kawan-kawan yang Naddy kenal rapat 😘

TESTIMONI PALING BERJAYA!

Dulu dayang senandung, sekarang lagi cantik daripada Neelofa!

 

Combination : Collagen + VIT C

 

Combination : Collagen + Set Detoks Shaklee

 

Combination : Collagen + ESP + Vit C

 

Combination : Collagen + Set Cantik Shaklee


 
 

Dengan penggunaan yang konsisten dan ISTIQAMAH korang akan dapat HASIL TERBAIK macam kawan-kawan Naddy kat atas ni! 😄

DAPATKAN PERCUMA 1 KOTAK COLLAGEN SHAKLEE

 

Istimewa pada bulan ini, dengan setiap pembelian 6 kotak collagen Shaklee korang LAYAK untuk mendapatkan semuaaaa di bawah ini 😎
  1. FREE MEMBERSHIP secara automatik tanpa perlu apa-apa bayaran!
  2. FREE SEKOTAK COLLAGEN yang berharga RM316!
  3. FREE POSTAGE bernilai RM11!
  4. HARGA AHLI yang jauh lebih murah dari harga pasaran!
  5. CASH REBATE bernilai RM100 yang akan dimasukkan kedalam account bank korang pada 15 January 2017! Wow shopping collagen dapat duit semula!
Naddy suggest supaya korang pakat-pakat kumpul order dengan officemates/roomates/family/siblings   untuk grab collagen percuma! 😍

DAPATKAN FREE MEMBESHIP DENGAN PEMBELIAN 3 KOTAK COLLAGEN SHAKLEE

Jika korang nak ambil 6 kotak tapi over budget, tapi korang nak jugak harga ahli. Jangan bimbang!

Korang masih berpeluang untuk mendapatkan semuaa di bawah ini dengan setiap pembelian 3 kotak collagen 😎
  1. FREE MEMBERSHIP secara automatik tanpa perlu apa-apa bayaran!
  2. HARGA AHLI yang jauh lebih murah dari harga pasaran!
  3. CASH REBATE bernilai RM20-RM30 yang akan dimasukkan kedalam account bank korang pada 15 January 2017! 
DAPATKAN DISCOUNT 5 % DENGAN PEMBELIAN 2 KOTAK COLLAGEN

 

Juga istimewa untuk bulan ini, alang-alang nak cantik glowing boleh jugak ambil TWINPACK COLLAGEN dan korang akan dapat 5% discount lagi!

Promosi collagen ini berlangsung sehingga 31 December 2016. Bermaksud korang ada masa lebih kurang 14 hari lagi untuk borong collagen shaklee!

Jika berminat boleh terus hubungi Naddy melalui message atau Whatsapp 016-6626409.

Atau jika korang nak terus dapatkan harga ahli yang lebih jimat boleh terus register membership melalui link dibawah. Korang akan direct didaftarkan under Naddy dan akan berhak untuk mendapatkan 100% EXCLUSIVE CONSULTATION daripada Naddy 😊
(Register Membership Shaklee Disini)
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1093292

Hubungi Naddy jika mempunyai pertanyaan lanjut:
Whatsapp/Call : 016-6626409
Facebook : Nurul Nadia Amzar
Instagram : bebeauty_bynaddy
ID No : 1093292

*Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan.*


Tuesday, 6 September 2016

Keputihan Kronik : Biar atau rawat dengan pantas?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum.
Lama sungguh Naddy tak jenguk blog. Kalau ada anak, anak dah pandai berjalan turun naik tangga lagi.

Sempena comeback, tajuk pertama yang Naddy pilih ialah MASALAH KEPUTIHAN KRONIK.
Sharing ini khas untuk semua kaum wanita and para suami yang sayang wife masing-masing.

If awak semua ada masalah keputihan, adakah awak akan buat tak tahu atau terus cari solution untuk hilangkan keputihan?

Kalau Naddy, memang sepantas kilat cari ubat yang mujarab atau paling senang jumpa doktor mintak ubat :D

Bahagian paling sensitif ada masalah, takkan kita nak ignore sahaja? -.-

Sebenarnya keputihan ni NORMAL bagi setiap wanita, tapi bila keputihan tu menjejaskan kebersihan bahagian sesnsitif kita itu terus jadi TAK NORMAL dah. Itu jatuh dalam MASALAH.

Keputihan yang normal
Berwarna jernih
Tidak berbau
Tidak menyebabkan kegatalan pada miss V

Keputihan yang ABNORMAL/KRONIK
Tidak berwarna jernih sebaliknya bertukar warna menjadi kuning/hijau lumut/coklat
Lendir yang berketul seperti susu basi
BERBAU BUSUK
Menyebabkan kegatalan pada miss V

Sila check condition keputihan anda untuk kenalpasti anda mempunyai masalah keputihan kronik atau tak.

Actually keputihan abnormal ni terjadi ada banyak sebab. Kebanyakkannya berpunca daripada JANGKITAN KUMAN.

Bila tersedar keputihan anda ialah keputihan yang abnormal/kronik, nasihat saya ialah pergi buat medical check up dengan pihak doktor. Jangan bertangguh. Kalau nak miss V berbau busuk and hodoh, ikut suka hangpa ler T_T

Selain daripada tu, pengambilan supplement pun boleh membantu masalah keputihan.
  • VIVIX
  • Garlic Complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa Complex
Naddy ada pengalaman ngeri berhadapan dengan keputihan kronik selama beberapa bulan. Kemudian Naddy amalkan VIVIX selama 3 hari sebelum sedar keputihan saya kembali normal pada hari ke 4. This is my OWN TESTIMONI. Bukan rekaan.

Setelah dikaji, rupa-rupanya ramuan VIVIX mempunyai fungsi ANTIFUNGUS! No wonder lah masalah keputihan boleh diatasi dengan VIVIX dalam masa yang singkat!

So, kesimpulannya jika awak ada masalah keputihan kronik, dan awak MAMPU untuk membeli VIVIX, sila pilih VIVIX secepat mungkin. Demi miss V kamu :)

Jika belum mampu untuk memiliki VIVIX, awak boleh amalkan 3 supplement yang lain. Disamping harga yang jauh lebih murah, kesannya pun boleh dilihat dalam masa kurang 2,3 minggu. (but I still vote for VIVIX sebab kesan dia sangat cepat!)

GARLIC COMPLEX
  1. ANTIBIOTIK SEMULAJADI yang selamat untuk boost immune sistem dan melawan jangkitan kuman/bakteria.
  2. Membantu masalah sistem penghadaman.
  3. Membantu mengeluarkan angin dari badan.
  4. Membantu menstabilkan tekanan darah tinggi.
  5. Membantu mencantikkan kulit daripada gangguan jerawat.
  6. Membantu meningkatkan pengeluaran insulin bagi pesakit DIABETES.
  7. Membantu mengatasi masalah alergi.



ALFALFA COMPLEX
  1. RAJA SEGALA TUMBUHAN yang membantu masalah keputihan wanita.
  2. Membantu menyingkirkan TOKSIN dari dalam badan.
  3. Membantu kesihatan dalaman lelaki dan wanita terutamanya pasangan suami isteri ketika bersama.
  4. Meneutralkan asid dalam badan.
  5. Membantu mengurangkan masalah alergi dan eczema.
  6. Bertindak sebagai jamu/kacip fatimah yang sesuai untuk ibu yang sedang berpantang.
  7. Membantu masalah arthritis.
  8. Membantu menambahkan susu ibu (MILKBOOSTER).
  9. Melancarkan sistem penghadaman serta pencernaan.
  10. Membantu mengurangkan bau badan.


VITAMIN C
  1. Membantu melawan INFECTION yang berlaku di miss V.
  2. Mencegah free radikal bebas yang merosakkan sistem badan kita.
  3. Membantu mencantikkan kulit, bebas daripada masalah jerawat.
Kebetulan bulan September ada promosiBUY 6 FREE 1 untuk Vitamin C :)



But I still VOTE for VIVIX sebab VIVIX lagi pantas bertindak! :)


Okay, semoga sharing ini bermanfaat buat anda semua! Inshallah lepas ni Naddy akan terus rajin untuk berkongsi tips-tips keputihan yang lain. Thanks for reading!

Untuk order, consultation and sharing-sharing cerita masalah keputihan anda, boleh hubungi Naddy :)

Selamat mencuba!

Whatsapp:0166626409
FB: Nurul Nadia Amzar
Instagram: shakleeby_naddykinsella

xoxo ;)

Saturday, 10 October 2015

Aduh! Pengalaman Pertama Sengugut!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


KMPk 2006/2007

Tak sangka almost 9 tahun Naddy tinggalkan zaman Matrikulasi. Naddy dulu under Program 2 Tahun Kolej Matrikulasi Perak, Kat Gopenghagen yang famous tuu.

Kadang-kadang rindu nak rushing pergi Lecture Hall and class tutor. Berlaga-laga dengan orang lain sebab time matrix jadual padat and lecture/tutor start and habis dalam waktu yang sama. Time tu la berebut nak naik tangga, nak beli roti/jajan buat kat KOOP buat bekal makan dalam class, nak photostat lecture notes kat Library, nak singgah Bilik Komputer tengok My Space. Time tu la pulak nak menghabiskan Super Saver. Ala ingat lagi Super Saver? Beli kredit RM2 then dapat bergayut dari pukul 12 am- 12 noon. Masa tu memang heavenlah couple-couple yang baru berputik-putik cinta :p

Sebenarnya Naddy nak kongsikan pengalaman pertama Naddy kenal ERTI SENGUGUT. Naddy start period akhir tahun Form 2. And memang Naddy tak pernah kena sengugut. So bila ada kawan-kawan yang mengadu dia sakit sengugut, aku macam tak boleh digest jer kenapa engkau beriya sangat takleh nak buat keja? Sakit sangat ke sengugut tu? Haha

Langit tak selalunya cerah. LOL

Ingat lagi, masa tu pukul 2 petang lecture Science & Komputer oleh Cikgu Fizaril yang handsome. Tapi malangnya time tu dia baru kahwin. Sobs Sobs.

Pagi tu memang Naddy period. So far okay je, pergi class macam biasa. Cuma semakin lama makin tak selesa dekat bahagian perut. Sampailah waktu lunch, tapaw makanan Cafe C ayam goreng sedap. Then balik bilik terus baring atas katil. Siap pakai comforter lagi, "merengkot" macam udang dalam dalam tu. Berpeluh-peluh tahan sakit. Ya Allah ini ke SENGUGUT weh?? Bapakkkk sakitttt OMG!!

Perut rasa CRAMP. No idea apa yang sakit dekat dalam badan ni. Sakit pinggang takyah cakap lah, Lenguh semua ada. And time ni lah datangnya kawan-kawan yang baik sangat. Intan roomate aku yang isi botol dengan air panas, dia suruh tuam kat bahagian perut sampai bahagian ari-ari. Fuhh berkurang sikit rasa sakit. Thanks Intan! And bermulalah era sengugut setiap bulan. Sobs. Air panas untuk tuam, SALONPAS untuk tampal and makan bubur. Semuanya kawan baik Naddy waktu sengugut.

Dan sejak dari tu bila sengugut je ponteng lecture/tutor. Sebab memang tak boleh bangun and tak boleh kena aircond. Buat public holiday sendiri :p

Jadi udang :(


Rupa-rupanya sakit sengugut disebabkan oleh DINDING RAHIM menguncup dengan kuat. Sebab nak keluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah pulak keluar melalui pangkal rahim. Dinding rahim pulak sempit. No wonderlah masa period ari-ari kita sakit macam ditarik-tarik.

Normally rasa sakit ni akan hilang in 1-2 days after period :)

Tapi Naddy jugak ada terbaca, if sengugut teruk ini berterusan boleh mengakibatkan ke-TAK-SUBUR-an dan jugak mudah KEGUGURAN, Siapa yang masih ada masalah ni setiap bulan boleh buat medical check up cepat-cepat dengan doktor ya,

Naddy so far alhamdulillah, sengugut semakin berkurang bila habis belajar. Maybe badan ni tau bila kerja dah tak boleh suka-suka nak buat public holiday sendiri setiap bulan kan. hihi

And Naddy amalkan makan supplement jugak. Shaklee of course. Sekarang alhamdulillah dah takde masalah sengugut teruk. Period pun lancar, darah tak tersekat-sekat and sekarang ambil masa 6-7 hari je habis. Kalau dulu lebih 10 hari, jenuh mandi wajib berkali-kali. Hihi

Apa yang Naddy amalkan ialah SET PERIOD/SENGGUGUT seperti :

VIVIX AWESOME

OSTEMATRIX IS THE BEST

GLA COMPLEX  IS THE BEST
untuk mengawal kestabilan hormon, mengurangkan senggugut serta mengurangkan kesakitan breast.

Even customers Naddy jugak yang ada masalah period atau sengugut dah bagi feedback yang positive bila amalkan set kat atas ni ;)

Korang cuba lah sementara sedang ada harga PROMOSI VIVIX & GLA COMPLEX sehingga end of this month. Okay?

Untuk order, consultation and sharing-sharing cerita period pain kita boleh hubungi Naddy :)

Selamat mencuba!

Whatsapp:0166626409
FB: Nurul Nadia Amzar
Instagram: shakleeby_naddykinsella

xoxo ;)


Saturday, 20 June 2015

Kisah Jerawat Tingkatan 1 & Pencuci Muka Terbaik dari Shaklee: Gentle Deep Foaming Cleanser

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Panjangnya tajuk sebab cubaan nak bolot keyword dekat Google :p

Naddy teringat zaman sekolah dulu, era bermulanya kulit berjerawat sebab terpengaruh bila tengok kawan-kawan pakai pencuci muka T__T

Dulu kulit muka Naddy FLAWLESS kalah Scha Alyahya tau. Yang ada cuma mungkin oily terlebih. Itupun rasanya hormon tengah tak stabil. Nak bertukar stage dari budak UPSR ke anak gadis gitew. Selain daripada oily, memang sebijik jerawat pun takde.

Form 1 okay form 1 kejadahnya nak pakai skincare bagai *desus hati kecil ku*

Tapi, apekejadah pulak bila masuk toilet beramai-ramai (saya dulu Form 1 dah duduk hostel jadi bila nak pergi mandi pun secara berjemaah sebab takut dan geli. mengada kan?) sambil bawak bakul toiletries, sementara nak tunggu turn shower, kawan-kawan semua beratur depan cermin sinki buat iklan cuci muka. Aku tukang tengok je. Boleh? Mana bolehh. Terasa hina sangat diri sebab takde pencuci muka. Terasa diriku kotorrr sekali.

"Balik minggu ni nak beli pencuci muka" tekad seorang budak tingkatan satu yang tak akil baligh lagi sambil tengok kawan-kawan cuci muka.

Ingat lagi, balik hujung minggu, singgah Pasaraya Sri Tahan dekat Karak. Berdiri lama nauu depan susunan pencuci muka. Ada Clean & Clear, Safi Balkis, Biore, Oxy dan banyak lagi. Naddy tak pilih pun semua brand tu, Naddy pilih... jeng jeng jengggg..

"JOHNSON PH 5.5!"

Dipilih sebab masa tu PH5.5 ni brand baru kuar kat TV, model iklan pon cantik comel. Begitu mudahnya budak kecik tertipu. Sobs T___T

So, dengan semangat bila dah ada pencuci muka asyik nak mencuci muka je kejenya 24 jam. Jakun. Waktu mandi pagi, sebelum pergi prep petang, selepas balik prep petang, time mandi petang pun cuci lagi, nak tidur pon cuci lagi. Hihi

Tapi, satu benda yang Naddy perasan. Selepas pakai pencuci muka, kulit NAIK JERAWATTTT. Grrrrrrr. Sejuru selepas okay so memang jiwa ini confirm ini semua pencuci muka tu punye pasal. Tapi takut pulak Mak marah kalau nak tukar pencuci muka lain, terus guna jugak sampai habes. huwaaa..

Sejak dari situ kulit mukaku Naddy yang dulu hanya oily sikit-sikit berubah menjadi kawasan perumahan elit makcik pakcik atok uwan jerawat. Stress. Menyesal semua ada.

Berjenis-jenis produk dah cuba. Bila dah besar dah pandai kumpul duit sikit, boleh la beli yang mahal sikit. Masa zaman duk KMPK, UPM cuba pakai Clinelle and L'oreal, L'oreal boleh tahan la bila cuci muka rasa bersih. Cuma, kulit muka rasa panas sikit. Mungkin terlebih bahan kimia. Omgg!

Bila dah masuk kerja Sony, ada officemate yang cadangkan guna satu produk. Alamak dah terlupa apa nama dia. Harga dalam RM100++. Ada sabun pencuci muka, ada cream malam and krim siang. Honesty masa pakai produk ni, muka sangat-sangat cantik, cerah, thumbs up la.

"Ayin, cuba kau tengok muka aku. Nampak natural kan? Aku tak pakai bedak langsung tau ni." * bangga diri*

Betuuuul. Nak masuk kerja awal punya pasal so tak sempat makeup. Tapi still confident je sebab tengah perasan natural beauty hihi. Cumaaaaa..  walaupun nampak natural beauty sebenarnya bila lepas cuci muka, kulit muka jadi gatal and panasssss. Tu tandanya ape? Banyak bahan kimia. Ntah-ntah selama ni cuci muka dengan merkuri T___T

Wahhhh panjangnya flashback!!!!

Okay, ini satu sharing yang ikhlas dari hati. Naddy dah jumpa pencuci muka yang bagi Naddy sangat-sangat DAEBAKK! *thumbs up sekali lagi*

NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER!

Omg, alhamdulillahhhh. Punya lama mencari pencuci muka, macam mencari jodoh pulak. Hewhew.
Pertama, first time dalam kehidupan selepas cuci muka, takde langsung rasa gatal-gatal miang ulat bulu dan muka panas (sebab NW menggunakan natural ingredients and NO PARABEN!!).

Kedua, sebab HARGA MURAHHHH. Satu tiub memang paling hina pun boleh bertahan 6 bulan lebih. Siapa yang extra suka berjimat, pakai sikit-sikit memang pencuci muka ni khas untuk korang. Picit sikit, buih lebih. Haha 

Yang ketiga, bila balik kerja muka berlemuih dengan make up. Masuk bilik air, cuci muka dengan Nutriwhite ni Ya Allah segarrrr gile. Memang betul yang digembar-gemburkan dulu. Boleh terasa BERSIH hilang kotoran make up dan FRESH selepas cuci muka. Ada kawan Naddy yang dah pernah cuba produk SKII bagitau, NUTRIWHITE  setanding dengan SKII tapi NUTRIWHITE lagi MURAH serta BEST. Amboii dah orang compare dengan SKII dan NUTRIWHITE  menang, memang terus pergi beli Nutriwhite la (jenis mudah terpengaruh :p)

Antara ingredients yang digunakan supaya kulit muka lagi extra bersih dan menyegarkan ialah:
  1. RUMPAI LAUT menanggalkan kotoran yang tersumbat dalam pori anda, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit.
  2. ALGA HIJAU melembapkan kulit dan membersih jauh kedalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin. Toksin ialah punca kepada jerawat.
  3. STRAWBERRY BEGONIA mencerahkan dan meratakan tona kulit. Bayangkann selama ini korang cuci muka guna strawberry setiap pagi. Patutlah cantik dan manis macam stoberi :p
Selain makan supplement, pencuci muka ini dah membantu sihatkan semula kulit budak tingkatan satu yang gedik nak berpencuci muka dulu. Happy kauu :D

Korang yang sedang mencari the best pencuci muka in the world, pleaseee try this. NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER MEMANG TERBAIK, BEST, SELAMAT, BERKESAN, PUAS HATI!

RM126 satu tiub. Murahhh lah sebab boleh share dengan Mak, kakak adik seisi rumah selama 6 bulan :D
Selamat menjadi CANTIK menjelang raya!

Whatsapp:0166626409
FB: Nurul Nadia Amzar
Instagram: naddykinsella_supplements

xoxo ;)